Rabu, 16 September 2009

Hai - Hai Politik

Tanngal 14 September 2009 merupakan tarikh yang boleh dikatakan tarikh penting dalam agenda politik di Kampung Debak Laut. Pada tarikh tersebut era politik yang dimonopolikan golongan yang boleh dikatakan era orang lama yang menerajui. Dalam blog ini saya ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati saya terhadap kepimpinan PBB di era tersebut. Dalam era kepimpinan yang lepas amat mendukacitakan. Sepanjang kepimpinan di era yang lepas tidak ada apa - apa pembaharuan mahupun kemajuan yang diperolehi. Sebagai seorang pemimpin seharusnya kita pandai menggerakan bahtera yang diterajui bukan hanya menunggu waktu pilihanraya sahaja sibuk ke sana ke mari ke hulu dan ke hilir. Biasolah you.................. masa tok kapal karam. Mun kapal karam yuk kenyanglah ...... yolah perumpaan orang tuo - tuo. Apa yang saya tidak puas hati juga kepada kepimpinan PBB dolok - dolok .............. cara mengendalikan atau mengurus pilihanraya. Dia hanya memilih geng - gengnya ajak. Geng - gengnya pun bena juak mun dah hulur sikit udahlahlah ................ Bukan saya hendak menyalahkan ketua kepimpinan sahaja malah pengikutnya pun 2 kali 5 juga. Mun dah dihulur sedikit dah ..... sik sedar diri.


Seperkara lagi yang paling saya sik puas hati dengan pemimpin PBB cawangan Debak Laut dolok - dolok ialah fasal peruntukan atau derma dari pihak YB. Kalau ada sumbangan dari YB kepada NGO kampung " Embalik Mati " mesti diambilnya sedikit daripada sumbangan tersebut. Hal ini baru sahaja sumbangan kecil. Apa tah lagi apabila ada sumbangan yang lebih besar atau banyak agik. Perkara ini benar - benar berlaku dan bukannya rekaan semata - mata. Misalnya pada Tahun 2006 ada pihak yang memberi sumbangan sebanyak RM 200.00 untuk menjalankan aktiviti kampung melalui beliau. Hanya RM 150.00 sahaja diberikannya kepada pihak penganjur. Kononya dia memberitahu bahawa hanya sejumlah tersebut sahaja yang diberikan. Baru - baru ini YB memberi sumbanga RM2000.00 kepada pihak Jawatankuasa MTQ. Hanya RM 800.00 sahaja yang diserahkan kepada pihak Jawatnkuasa MTQ kononya juga RM 200.00 upah gantirugi dia mengurus sumbangan tersebut. Orang macam inikah yang hendak kita jadikan sebagai pemimpin di kampung. Bukannya nok emberik bantuan juak malahan duit yo juak agik nok disadik. Manusia apa seperti ini. Oh no... no...


Tarikh 14 September 2009 telah memberi kelegaan dan juga telah membuktikan bahawa penduduk kampung ada menunjukkan kesedaran. Semasa sesi pemilihan AJK PBB Sesi baru mereka telah berjaya mimilih muka - muka baru dan menjatuhkan era kepimpinan lama. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para penduduk kampung Debak Laut yang hadir di dalam sesi pemilihan tersebut. Sepertimana yang saya sedia maklum bahawa kepimpinan baru ini merupakan orang yang berkaliber juga, berpendidikan dan pesara kakitangan kerajaan.


Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada AJK PBB Cawangan Debak Laut yang baru di atas perlantikan kalian sebagai peneraju PBB yang baru. Saya berharap agar kalian dapat membawa pembaharuan kepada isu politik di kampung kita. Saya sebagai salah seorang warga Debak laut benar - benar berharap dan mengharap agar angin perubahan yang dibawa nanti sedikit sebanyak memberi nafas baru kepada warga Debak Laut amnya dan generasi baru khususnya.


Selamat maju jaya ........ selamat berkhidmat ...........................

Selasa, 8 September 2009

AKTIVITI SUKAN

Cuti Pertengahan Semester bulan Ogos 2009 yang lalu Jawatankuasa Sukan Kampung Debak Laut telah mengadakan Pertandingan Bola Sepak Terbuka untuk kanak - kanak 12 TKB di kawasan Debak. Seramai 10 buah pasukan yang telah menyertai pertandingan tersebut. Sungguh hebat perlawanan pada petang tersbut di mana pasukan TS FC telah membelasah pasukan Portugal FC 5 - 0. Sememangnya objektif pihak pengajur sedikit sebanyak mencapai sasarannya. Bakat yang ada pada anak - anak ini juga diharap dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih jauh lagi. Syabas dan tahniah kepada yang menang. Pihak penganjur juga bercadang akan meneruskan aktiviti pada masa akan datang. Kesemua perlawanan ini dilangsungkan di Padang Kampung Debak laut.


PASUKAN TRIPERS STRIKER [ JOHAN ]


Berdiri Kanan : Naja, Firdaus , Akmal , Ahmad , Angah , dan Tom
Duduk Kanan : Tarmizi , Matnor, Shafik, Nizam , Sham, Faizan dan Roy



PASUKAN PORTUGAL FC [ NAIB JOHAN ]



Bediri Kanan : Najib, Roslan, Saipol, Helmi, Azniel, Zulfika, dan Riduan
Duduk Kanan : Jamel, Khalid, Fasrul, Jainol, Fitri, dan Shamsudin



PERLAWANAN BOLA SEPAK WANITA



PASUKAN RED MANIA vs GADIS SIMPANG TIGA
Kedua - dua pasukan ini layak ke perlawanan akhir. Waduh........... seronok juga melihat kaum hawa bermain. Pasukan Gadis Simpang Tiga telah menjuari pertandingan ini dengan jaringan gol 3 - 1.




















Jumaat, 4 September 2009

Kampung Debak Laut

Selamat datang ke Kampung Debak Laut. Debak Laut merupakan sebuah perkampungan yang agak terpinggir jika dibandingkan dengan kampung - kampung lain di Bahagian Betong. Jiran Kampung Debak Laut ialah Kampung Babu, Kampung Lalang , Kampung Bungey , Kampung Dit dan Perkapungan Iban. Kampung Debak didiami oleh lebih kurang 400 orang penduduk. Kampung Debak laut juga dibahgikan kepada 2 bahagian. Bahgian Kampung Debak Laut Hilir diterajui oleh Tuan Haji Laji bin Eloi manakala bahgian Kampung Debak laut Hulu pula diterajui oleh Tuan Haji Muhamd bin Jemain. Kebanyakan penduduk di Kampung Debak Laut berkerja sebagai petani , penoreh , nelayan, peladang kelapa sawit dan kakitangan kerajaan.


MASJID DARUL IMAN DEBAK LAUT

Ini pula merupakan tempat beribadat bagi penduduk Kampung Debak Laut. Masjid ini dinamakan Masjid Drul Iman Debak Laut. Masjid ini juga telah siap dibaik pulih beberapa tahun yang lalu. Sugguhpun masjid ini tidak sebesar masjid - masjid lain di sekitarnya namun masjid Debak Laut ini alhamdulillah setiap waktu tidak pernah kesunyian bermakna waktu - waktu solat sering sahaja ada jemaah yang akan bersolat di sini. Masjid Darul Iman Debak Laut ini diterajui oleh angkatan baru dan berpendidikan. Sebelum ini masjid ini pernah di bawah tadbiran angkatan - angkatan lama. Walaubagaimanapun kami penduduk Kampung Debak Laut berasa bersedih kerana apabila musim sembahyang raya, masjid ini tidak mampu menampung jemaah - jemaah kampung bersembahyang di sini.

KAMPUNG DEBAK LAUT HILIR

Ini pula pemandangan menuju ke Kampung Debak Laut Hilir yang diterajui oleh

Tuan Haji Laji bin Eloi.



KAMPUNG DEBAK LAUT HULU
Ini pula pemandangan Kampung Debak Laut Hulu di bawah seliaan
Tuan Haji Muhamad bin Jemain.